Monday, December 22, 2008

Saturday, December 6, 2008

PAS P126 JELEBU



http://pasjelebu.blogspot.com/


============================================================================

Friday, November 21, 2008

Sunday, November 16, 2008

PAS KOTARAJA

http://kotaraja.pas.org.my/


Sejarah Penubuhan PAS Kawasan Kota Raja



Gelombang Reformasi dan Kejayaan Barisan Alternatif dalam Pilihanraya Umum Ke 10 (1999) telah memaksa pihak Suruhanjaya Pilihanraya merubah sempadan kawasan pilihanraya pada awal tahun 2003. Persempadanan semula kawasan pilihanraya ini telah menyebabkan kawasan Parlimen Shah Alam dipecahkan kepada dua menjadikan Kawasan Parlimen Shah Alam (P 108) dan Kawasan Parlimen Kota Raja (P 111).






Bangunan PAS Kawasan Kota Raja

PAS berpendirian bahawa persempadanan semula itu dibuat sebagai satu strategi untuk mempertahankan kerajaan Barisan Nasional. Sebagai sebuah Parti Politik yang matang dan berpengalaman, PAS menyahut cabaran tersebut lantas segera menubuhkan PAS Kawasan yang baru dengan nama PAS KAWASAN KOTA RAJA yang telah diluluskan penubuhannya oleh Pendaftar Pertubuhan pada 29 Ogos 2003 dengan nombor pendaftaran PPM/SEL.26/52-7784. Alamat didaftarkan adalah Lot 2934 Jalan Rezab Buang Off Jalan Kebun, Batu 6 Jalan Kebun, 42450 Kelang, Selangor.



Sijil PAS Kota Raja


Al Fadhil Ustaz Hj Ghazali Abdul Hamid telah dipilih selaku Yang DiPertua PAS Kawasan Kota Raja yang pertama dan telah berkhidmat sehingga tahun 2007.